Bidaan pada minit dan saat akhir harus dielakkan. Pihak Heritage Auctioneers serta "Servis Provider" tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kerosakan / slip sementara (kerosakan kuasa, kerosakan Internet dll.) di
pihak vendor. Pembida diminta untuk membuat semua persiapan /
alternatif yang diperlukan seperti bekalan kuasa alternatif dan
lain-lain yang diperlukan agar anda dapat mencegah keadaan tersebut dan
terus menyertai dalam lelongan dengan berjayanya.
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi keperluan sistem
seperti "hardware", "software", sambungan Internet di premis anda untuk
mengakses Portal Heritage eBid Online Auction.
Firma Pelelong tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab diatas
gangguan dalam perkhidmatan, kesilapan, dan / atau omisen, yang
disebabkan oleh apa jua cara dan tidak menjamin perkhidmatan atau
penggunaan Laman web yang berterusan, tanpa gangguan atau tanpa
kesilapan. Pembida mengakui bahawa lelongan ini dijalankan secara
elektronik dan bergantung pada perkakasan dan perisian yang mungkin
tidak berfungsi tanpa amaran. Firma Pelelong, mengikut budi bicara mutlaknya,
boleh membatalkan penjualan, menangguhkan pembidaan sementara dan
menjual semula barang / lot yang terjejas oleh sebarang kerosakan.
Keputusan Pelelong adalah muktamad.
Dalam keadaan apa-apa pun, Heritage Auctioneers tidak akan bertanggungjawab kepada pembida atas kerugian langsung atau tidak langsung yang dialami oleh mereka atau kerosakan yang disebabkan oleh mereka berikutan dari:
i) Penggunaan Portal Heritage eBidding Online Auction yang tidak betul, atau;
ii) Gagal Kesambungan Internet berkenaan dengan peralatan yang digunakan oleh Pengguna atau oleh Penyedia Perkhidmatan Internet, atau;
iii) Ketidakmampuan pembida untuk mengemukakan bidaan mereka kerana masalah yang berkaitan dengan "hardware", "software", atau faktor lain yang bersifat peribadi / istimewa / lokal kepada penawar.